Sunday, March 8, 2009

Kaulah insan tersayang

Enam bulan sudah berlalu sejak hari kami diikat sebagai pasangan yang sah. Namun, dalam tempoh ini tak sekalipun pernah saya baca apa-apa hasil tulisan daripada isteri saya melainkan sms2 penaik semangat yang sering dihantarnya. Tempoh hari, dia datang menghampiri saya di klas dan memberikan saya 3 helai kertas yang berlipat lalu beredar...katanya "Seperti yang abang mintak hari tu"...kerana tak sempat untuk baca di dalam klas, saya membukanya di asrama selepas selesai kuliah (inilah hasilnya yang ditulis dalam masa lebih kurang setengah jam):

Dengan satu nafas…
Menuturkan susunan kalimah
Berat…
Sesak...
Terselit kucupan rasa bahagia
Sempurna sudah sebahagian agama
Sahutan sunnah baginda
Mewarisi keturunan Adam dan Hawa
Moga diraih gandaan pahala

Sayang…
Aku kini amanah buatmu
Pimpinlah aku menelusuri denai hidup
Agar becak dunia tak mampu meninggalkan
Sepalit noda yang bisa menggugah jalanmu ke syurga

Sayang…
Kesatriaanmu bukanlah pada tersungkurnya lawan
Bukan ukuran kelincahan genderang perisai di medan juang
Tapi kekebalan iman
Sequdus taqwa
Kesantunan bicara
Mengajakku untuk lebih mengenal Pencipta
Mengemudi layar bahtera rumahtangga

Sayang…
Suburkanlah laman bahagia kita di tanah keberkatan
Siramlah dengan renjisan wangian keimanan
Bajailah dengan sifat qana'ah
Agar tidak tumbuh rumput wahan
Moga terbit benih soleh dan solehah

Sayang...
Kitalah pencetak generasi unggul
Kita yang bakal membentuk populasi iman
Yang bukan bertuhankan kemewahan
Tidak hanya bernafsukan harta
Tidak hanyut dilambung mihnah dunia

Sayang...
Bukanlah kuharapkan engkau
Sezuhud Saidina Abu Bakr
Yang menyisakan cuma
Allah dan Rasul
Untuk keluarganya
Kerna aku tidaklah
Setegar Asma'
Yang bergadai nyawa
Meredah bahang pepasir
Demi suapan rasul dan ayahandanya

Sayang…
Tidaklah aku impikan engkau
Sekaya nabi Allah Sulaiman
Yang mewarisi seantero takhta kerajaan
Bukan hanya golongan manusia
Kerana aku tidak terjangkau
Kepatuhan Ratu Balqis
Beralih sembahnya menuju yang Esa

Sayang…
Tidak aku damba engkau
Setabah nabi Allah Musa
Yang Firaun menjadi lawannya
Kerana aku tidak mampu
Setawadhu' Asiyah
Tsabat dan bertaa'bud dalam limpahan harta
Tidak gentarkan kuasa tuhan suaminya

Sayang...
Cuma yang aku doakan
Biah Solehah dalam usrah sakinah
Merintis renik redha dan barakah
Tamsilan kuntum mawaddah wa rahmah

Sayang...
Sentakkan lenaku
Dengan kejutan tahajjudmu
Agar kita kita bisa mengecap limpahan rezeki
Dalam tadahan doa dhuhamu

Sayang...
Kaulah teladan
Kaulah teman
Bagiku...kaulah insan tersayang!


Isterimu yang Tersayang
030309
Doha, Qatar

5 comments:

  1. salam akhi. pa habaq dok qatar dengan zaujah tu. :D

    baca posting antum ni sayu pun ada (sebab tak nikah lagi kot, huhu)

    tapi tak faham 1 part la, camna zaujah antum bleh masuk bagi kertas kat antum dalam kelas plak.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hehe...kami belajar di tempat sama tapi klas berlainan...

    ReplyDelete
  4. pergh.. jiwang..

    hoho
    ya ALLAH permudahkanlah jalanku..

    hhohohohohoh

    ReplyDelete
  5. glup glup...siot arr....posting surat nie...

    ReplyDelete