Sunday, March 1, 2009

Bismillahirrahman nirrahim

Milestones ila jannah...bukanlah dari natureku suka menulis apatah lagi untuk 'blogging'. Namun, kurasakan amat rugi apabila setiap detik dan peristiwa yang berlaku dalam perjalananku mengejar impian tiap manusia, untuk mengecapi nikmat syurgaNya berlalu begitu sahaja tanpa dicatat dan disimpan sebagai memori. Setiap yang terdetik di hati, terlihat dek mata dan terdengar oleh telinga terdapat 'ibrah yang terkadang aku sendiri pun tidak perasan akannya. kucukup yakin bahawa tidak ada yang berlaku dalam hidup ini tanpa hikmahnya dan tidak ada apa-apa yang dicipta olehNya dengan sesia melainkan terdapat sesuatu yang ingin Dia khabarkan kepada hamba-hambaNya. Belajar dari alam, berpandukan kalam agungNya kumulakan blog ini sebagai perkongsian peribadi buat tatapan diriku sendiri di masa tua ku nanti. Wallahu A'lam bis showaab

"Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan pertukaran siang dan malam terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang memikirkan. Iaitu yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, dan dalam keadaan duduk dan dalam keadaan berbaring dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau dan lindungilah kami dari azab api neraka". (Surah Ali-Imran; 190-191)

No comments:

Post a Comment