Sunday, May 17, 2009

Kelas kedua terakhir

Huh, kalau ikutkan rasa memang malas nak mengajar hari ni. Ntah kenapa terasa berat sangat. Malah, pukul 10.30am tadi saya masih lagi duduk-duduk sambil membuka e-mail, langsung tak prepare untuk ke kelas. Zaujah saya, Anis lain pula halnya, dari pagi tadi asyik muntah. Kasihan, kerjaan orang lelaki, tapi perempuannya yang merana.


Tapi bila fikir balik bahawa ini adalah sebuah amanah, saya gagahkan diri juga. Kena pula hari adalah kelas kedua terakhir saya untuk Program KAFA ni, lepas ni tak dapat dah budak-budak tu nak jumpa Ustaz Ammar sebab Ustaz Ammar dah nak balik Malaysia. Tiba-tiba datang idea untuk buat aktiviti dengan budak-budak ni. Sebelum ni memang dah janji nak buat kuiz tapi beku otak nak fikir idea. Saya terus membuka komputer dan mula membuat persiapan.


Kami tiba di Al-Fanar lewat sikit. Terkecoh-kecoh dari rumah tadi. Tapi bila sampai ke kelas, tengok lengang je. Saya menjenguk kelas-kelas lain, lagi kosong, ada yang pelajarnya tak sampai separuh pun. Memang pelik. Rasanya takde pula Emir Qatar announce apa-apa cuti hari ni. Lepas bercakap dengan Kak Aida, rupanya ramai yang ingatkan kelas takde hari ni sebab last week dah ada program. Saya bersetuju untuk ambil kelas Level 1 tiga period berturut-turut instead of dua, sebab terpaksa ganti Anis. Anis tak dapat datang sebab masih muntah-muntah lagi sebelum saya bertolak tadi.


Bersorak budak-budak kelas Level 1 bila dengar yang mereka takkan belajar hari ni tapi buat group activity instead. Aktiviti hari ni berkisar kisah Nabi Yunus yang kami bincangkan dalam kelas yang lepas. Adik-adik ni dibahagikan kepada tiga kumpulan dan diberikan soalan. Instead of menjawab soalan seperti biasa, mereka dikehendaki menampal gambar-gambar dan membina perkataan daripada huruf-huruf yang diletakkan secara random sebagai jawapan. Mereka menggunting gambar, mewarnakannya dan menyusun cerita mengikut aturan.


Alhamdulillah, dari aktiviti sebegini baru kita dapat lihat potensi sebenar adik-adik yang cute-cute ni. Ada yang penyenyap dalam kelas selama ni terserlah kebijaksanaan dan kehebatan mereka. Kita dapat lihat siapa yang mainkan peranan sebagai ketua, siapa yang hanya follower, siapa yang suka buat kerja, yang ringan tulang, siapa yang kreatif, siapa yang rajin berbuat dan bertanya dan juga dapat lihat bagaimana mereka merancang sebelum memulakan suatu kerja dan bagaimana mereka bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Dapat sahaja tugasan, ada yang memainkan peranan sebagai ketua membahagi-bahagikan tugasan, siapa yang membaca soalan, siapa yang memotong dan siapa yang mewarna. Memang kagum bila memikirkan semula bahawa mereka ini baru sahaja berusia 5 tahun, 6 tahun dan 7 tahun. Cukup teliti merancang dan membuat kerja, yang terlebih rajin tu jangan kira, ramai juga. Bahkan ada yang datang mengadu dan ada yang merajuk sebab siap membuat kerja sendiri sebelum kawan-kawan lain menyebabkan dia takde kerja. Nasib baik pandai pujuk balik. Hahaha (Mrs.Anis would very much disagree with this. lolzz).


Group 3



Maisarah & Sophie yang sangat pro-aktif


Group 2


Nabihah: si montel yang rajin


Haikal: diam-diam ubi berisi


Luqman Arif: talented


Benarlah kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebab itulah Islam sangat menekankan peri pentingnya Tarbiyyatul Aulad sejak kecil lagi. Malahan Dr.Nashih 'Ulwan dalam buku karangannya "Tarbiyyatul Aulad" mengatakan bermulanya pendidikan anak itu bukan sahaja sejak anak itu kecil bahkan ketika memilih pasangan lagi. Bi'ah yang dibina dalam keluarga yang disertai sakinah, mawaddah dan rahmah serta bi'ah yang solehah seterusnya akan mewarnai jiwa anak-anak yang dibesarkan di dalam keluarga itu.


Semasa mengupas fasal pertama Sirah Nabawiyyah dalam usrah semalam, saya ada nyatakan bahawa pendidikan anak yang terbaik itu adalah yang dicontohkan oleh Ar-Rasul sendiri, bukan sahaja pendidikan baginda untuk anak-anak baginda tetapi juga perjalanan hidup baginda sendiri bermula dari lahir hinggalah baginda meningkat dewasa. Allah telah mendatangkan satu contoh di depan mata kita cara terbaik membesarkan seorang anak yang akhirnya menjadi manusia terulung di sisiNya. Rasulullah telah melalui pelbagai pengalaman hidup ketika kecilnya yang memang sengaja diatur oleh Allah 'Azza wa Jall tidak lain dan tidak bukan untuk menyediakan baginda sebelum menjadi manusia terhebat yang pernah diciptakan, memegang taklifan sebagai seorang rasul yang juga merupakan rasul terakhir, penutup semua nabi dan rasul. Bukanlah hanya kebetulan lahirnya tanpa bapa, dihantarkan ke perkampungan Banu Saad untuk disusukan Halmatussaadiyah, kematian ibu tercinta pada umur 6 tahun diikuti datuknya yang sangat disayanginya 2 tahun kemudian. Allah telah menjaga baginda sejak kecil lagi untuk memastikan hatinya bersih dari segala kekotoran jiwa dan akhlak yang menjadi main stream ketika itu. Rasulullah dibesarkan dalam masyrakat yang judi dan arak itu menjadi satu keperluan, membunuh anak perempuan menjadi adat, dan majlis nyanyian dan tarian itu menjadi perkara yang wajib dan bermacam-macam lagi. Allah telah memisahkan baginda dari kekalutan dan kepincangan masyarakat arab Quraisy pada ketika itu dengan melembutkan hati ibunya, Aminah agar membenarkan anak kesayangannya dipelihara oleh Halimatussaadiyah untuk beberapa tahun lagi yang sebelumnya disusukan selama dua tahun. Kitab-kitab sirah menerangkan dengan panjang lebar setiap kisah ini yang mana setiap satu insiden tersebut ada signifikannya yang tersendiri sebagai satu proses pembinaan dan pematangan ar-Rasul saw.



Gambar adik-adik present hasil kerja mereka di depan


Khusyuknya muka masing-masing


Berebut-rebut mereka ni nak membaca



Kump 1: Haraz, Luqman Arif, Ariff, Armand, Sophie, Maisarah


Kump 2: Ardini, Ayuni, Haikal, Suhayb, Altaf, farah (berposing pulak dua kat tepi tu...cubit kang)


Kump 3: Zaim, Asyraf Adam, Nabihah, Jasmin, Azwan, Akmal (yang dua orang ni pulak memang suka ambil gambar macamtu...layan je la)



2 comments:

  1. (Quote) "Zaujah saya, Anis lain pula halnya, dari pagi tadi asyik muntah. Kasihan, kerjaan orang lelaki, tapi perempuannya yang merana."

    ya akhi, apa punya ayat daa. ^_^

    ReplyDelete