Tuesday, March 17, 2009

Palestin...pedulikah kita?


Setelah agak lama tak makan dengan kawan-kawan rapat saya, hari ni kebetulan kami dapat duduk bersama semasa dinner...dan saya berjumpa dengan rummet saya, Mahdi buat pertama kalinya hari ni. Itulah kehidupan student yang kononnya sangat busy, kat mat'am baru dapat jumpa rummet sendiri.

Baru beberapa minit menjamah fries lembik, hidangan istimewa pada malam ni, seorang kawan kami berbangsa Amerika, Dee (bukan nama sebenar) datang menegur. Dia membuka cerita tentang talk yang dia baru hadiri petang tadi tentang "The US policy on the Middle East" yang dibuat di US embassy in Doha. Lebih kurang macam tu lah bunyi tajuknya.

"So what's new?", tanya Mahdi sambil tersengih.

"Yeah, anything new?', soal Amin tersengih, disambut oleh sengihan saya dan Thaha.

Rijalul aswad, fi baitil abyadh (The black guy in the White House)…yeah, that's the new but not so new news people talk about nowadays.

Sahabat dari Amerika ni pun tersenyap sedetik, tersenyum dan selepas tu mula babbling tentang yang konon namanya polisi-polisi baru Obama & the gang. Saya mendengar dengan tenang sambil menghirup perlahan Mushroom Soup saya. Topik perbincangan mula beralih dari polisi-polisi baru ini kepada isu Palestin dan isu eksistensi negara haram Israel. Dalam beberapa minit sahaja, perbincangan tu bertukar kepada perdebatan yang agak hangat. Amin dan Thaha yang nampak keletihan pun mula bersuara dan memberikan pandangan masing-masing sebagai respon kurang puas hati terhadap fakta-fakta karut yang dikemukakan oleh Dee. Saya pula, masih konsisten menjadi seorang pendengar setia sambil membuka Zubadi (yoghurt arab) dan menyuapnya slow-slow. Bukan tak mahu berdebat, tapi baru semalam saya berdebat dengan dia tentang isu Palestin dan Gaza ni, letih dah...hehe...Dalam perdebatan tu, Dee telah mengemukakan satu soalan yang menarik perhatian saya.

"Let's just say, Saudi having Mekkah and Kaabah, the holy place of the Muslims in the middle, and surrounding it are non-Muslims. And unlike today, the rulers are not Muslims and the people living in and around Mekkah are also non-Muslims ie Christians, Hindus, Jews, Buddhists or what ever. What would Muslims do to get back into the holy land? Wouldn't they do the same as what the Israelis are doing?


Dia menyamakan kes ini dengan orang-orang yahudi yang berusaha keras untuk pulang ke The Promised Land ini (dengan cara penyembelihan beramai-ramai di Shubra Shatila 82', mass massacre Hebron 94', kisah tragis di Gaza baru-baru ini yang meragut 1000++ lebih nyawa orang tidak berdosa dan banyak lagi).Tentu sekali tidak sama!! Dan itulah yang membuatkan ketiga kawan saya ni lebih rancak mengutarakan pendapat masing-masing. Ternyata mereka bukan golongan orang 'hampeh' yang hanya berfikiran lurus ikut buku punya style yang hidupnya 'aku dan duniaku', tapi adalah orang-orang yang sangat memperhatikan keadaan semasa dan ahwaal alam islami al-hadithah. Menjadi muallaf baru yang datang dari negara barat tidak menghalang mereka untuk membentangkan satu persatu fakta sejarah yang akhirnya menolak sama sekali penubuhan negara haram israel secara sah. Saya seperti tadinya hanya mendiamkan diri sambil cuba menghabiskan yoghurt arab masam saya, sekali sekala memandang ke wajah Dee yang semakin bersemangat berhujah.

____________________________________________________________________________________


Saya agak tertarik dengan soalan yang dilontarkan Dee kerana kreativiti dia berfikir ke tahap itu dan juga ke'tricky'an soalan itu sendiri. Alhamdulillah, soalan ini dapat mereka jawab dengan baik berhujahkan fakta-fakta sejarah dan logik akal yang sangat relevan.

Persoalannya, bagaimanakah kalau soalan-soalan begini ditujukan kepada kita? Apakah kita tahu secara terperinci sejarah Palestin? Atau persoalan yang lebih utama, adakah kita concern dengan isu ini atau sekadar menerima ia sebagai satu tajuk berita utama yang makin luput dari liputan media-media, yang hanya mengundang symphaty dan bukannya empathy dan akhirnya dilupakan seperti tragedi di Kosova, Bosnia Herzegovina dan Chechnya? Tahukah kita akan fakta-fakta dan milestones sejarah pahit perampasan tanah suci ini oleh puak Zionis laknatullah ini? Deklarasi Balfour 1917, kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924, penubuhan Negara haram Israel 1948, penyembelihan 2000++ rakyat Palestin di Shubra Shatila pada tahun 1982 dan tragedi-tragedi pahit lain yang berlaku bukan suatu yang boleh kita lupakan begitu sahaja.

Bumi Palestin adalah bumi anbiya' dan juga bumi suci yang dijanjikan Allah buat umat Islam, dan ia merupakan tanggungjawab setiap Muslim untuk mempertahankan ia biarpun dengan darah kita sendiri. Setelah melihat apa yang berlaku di Ghazzah baru-baru ini, wajarkah kita berdiam diri dan masih tak ambil peduli? Relevankah kita masih membeli produk-produk dari syarikat-syarikat yang menyumbang kepada Zionis atas alasan tak boleh tahan, kami tak biasa, kesian kat anak-anak, jenama ini kurang sedap dan sebagainya? Lebih parah, patutkah kita menyuarakan pendapat-pendapat bahawa rakyat Palestin memang patut kena apa yang mereka alami kerana kononnya tidak mahu memberikan kerjasama, menyokong parti teroris dan tak mahu mengakui eksistensi negara haram Israel? Wa 'iyyazu billah. Bayangkan tatkala kita disoal di hari akhirat kelak, setelah melihat segala kekejaman Zionis laknatullah terhadap saudara-saudara kita di Palestin, apa tindakan yang kita ambil? Apa kita nak jawab? Aku tak buat apa-apa ya Allah, aku hanya tengok dan lihat. Atau aku tak buat apa-apa ya Allah, bahkan aku membeli produk-produk yang menyumbang kepada musuh Islam yang kemudiannya digunakan untuk membeli peluru-peluru yang menembusi jasad-jasad saudara kita di Palestin.

Ini satu persoalan yang mungkin boleh kita fikirkan bersama. Apa yang kita dah sumbangkan? Apa peranan dan tanggungjawab kita? dan juga apakah tindakan yang akan kita ambil selepas ini? Marilah kita keluar dari kepompong pemikiran 'Ananiyyah' dan 'Aku & Duniaku' ini dan mulalah untuk melihat dunia ini dengan pandangan hati yang terang lagi suci. Sama-sama kita fikirkan insyaAllah

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment